A Singapore Government Agency Website How to identify
Official website links end with .gov.sg

Government agencies communicate via .gov.sg website
(e.g. go.gov.sg/open). Trusted websites

Secure websites use HTTPS

Look for a lock () or https:// as an added precaution.
Share sensitive information only on official, secure websites.

Speech by Dr Mohamad Maliki Osman, Second Minister for Education, and Chairperson of Malay Language Learning and Promotion Committee, at the e-Fiesta Bahasa 2021, at Max Atria@Singapore Expo

Published Date: 10 July 2021 12:30 PM

News Speeches

Rakan-rakan sekerja saya di parlimen
Encik Masagos Zulkifli
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Kesihatan
Dan Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam

Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim
Menteri Negara,
Kementerian Ehwal Dalam Negeri
Dan Kementerian Pembangunan Negara

Encik Hawazi Daipi
Wakil Singapura bukan Pemastautin ke Palestin dan Pesuruhjaya ke Ghana
Mr Hawazi Daipi

Encik Sin Kim Ho,
Pengarah Bahagian,
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum 1

Puan Heng Boey Hong
Pengarah, Cawangan Bahasa Ibunda
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum 1

Anggota Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC),

Para guru, ibu bapa, pelajar, wakil-wakil pertubuhan dan hadirin sekalian.

Selamat tengah hari dan salam sejahtera.

Pengenalan

1. Saya amat gembira dapat bersama-sama para hadirin sekalian pada hari ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menghadiri e-Fiesta Bahasa 2021 ini yang dianjurkan secara bersilih ganti dengan Projek Kesantunan. Kedua-dua program ini merupakan program unggul MLLPC.

2. Setinggi-tinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Masagos Zulkifli, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Encik Hawazi Daipi kerana sudi bersama kita dalam talian hari ini. Mereka merupakan mantan Pengerusi-pengerusi MLLPC dari tahun 2006 sehingga 2020.

3. Saya pasti hadirin sekalian telah meraih banyak pengetahuan dan manfaat daripada perkongsian ilmu melalui permainan-permainan serta perkongsian yang terdapat di laman Fiesta Bahasa. Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Reruai Permainan Digital, Kembara Maya dan Permainan 3-D memaparkan kekreatifan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah. Dengan usaha-usaha yang sedemikian, murid-murid kita pasti seronok belajar Bahasa Melayu.

Latar Belakang

4. Hadirin sekalian, Fiesta Bahasa mula dianjurkan pada tahun 2015 sebagai satu program kecil MLLPC bagi menyokong ibu bapa, para pelajar dan guru-guru kita. Kami bergabung tenaga dengan beberapa buah sekolah untuk menyediakan reruai-reruai perkongsian guru dan murid serta bahan sokongan pembelajaran dan pengajaran untuk guru-guru kita.

5. Sambutan yang menggalakkan telah mendorong Fiesta Bahasa ini diluaskan lagi cakupannya. Pada tahun-tahun berikutnya, banyak sekolah telah turut melibatkan diri dengan menganjurkan bengkel-bengkel pembelajaran bahasa Melayu.

E-Fiesta Bahasa

6. Tahun ini merupakan tahun kelima Fiesta Bahasa dianjurkan. Satu kelainan yang ada pada Fiesta Bahasa kali ini ialah dua aktiviti teras yang dijalankan secara dalam talian, iaitu Permainan Interaktif Bahasa dan Budaya serta Perkongsian Ilmu oleh para panelis jemputan.

7. Dalam kita menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam suasana pandemik ini, MLLPC telah menyediakan laman FiestaBahasa.sg. Dengan kerjasama beberapa buah sekolah, kami telah menyediakan Reruai Permainan Digital, Kembara Maya dan Permainan 3-D serta bahan-bahan rujukan. Saya pasti ramai dalam kalangan hadirin yang telah sempat melungsuri laman Fiesta Bahasa 2021 ini dan telah pun meraih manfaat dan terhibur. Saya sendiri berasa teruja apabila mendapat tahu bahawa setakat ini, seramai 4000 orang yang telah mengunjungi laman ini semenjak dibuka tiga minggu lalu. Saya harap para guru, murid serta ibu bapa akan terus mendapat faedah daripada usaha MLLPC.

Ulang Tahun MLLPC Ke-15

8. Hadirin sekalian, MLLPC menyambut ulang tahunnya yang ke-15 pada tahun 2020. Namun, disebabkan COVID-19, MLLPC telah menundakan sambutan peristiwa penting ini. Bersempena acara e-Fiesta Bahasa 2021, saya berasa senang hati dapat bersama-sama para hadirin pada hari ini untuk menyambut ulang tahun MLLPC yang ke-15. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengiktiraf sumbangan dan sokongan guru-guru, ibu bapa, pertubuhan-pertubuhan dan pihak media sejauh ini demi menggalakkan pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu anak-anak kita.

9. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua ahli-ahli masyarakat kita yang telah menyumbang bakti dengan menjadi ahli MLLPC. Mereka merupakan pemangkin penting dalam perjalanan dan perkembangan MLLPC, menyokong usaha penggunaan bahasa dan pelestarian budaya Melayu.

Peranan MLLPC Dalam Lanskap Penggunaan Bahasa Melayu Di Singapura

10. Hadirin, baru-baru ini kita dikhabarkan bahawa semakin ramai orang Melayu di negara ini tidak menjadikan bahasa Melayu mereka sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi di rumah, berbanding sedekad lalu. Banci Penduduk 2020 menunjukkan seramai 63 peratus penduduk Melayu yang berumur 5 hingga 14 tahun bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dibandingkan 25.8 peratus pada tahun 2010. Walaupun kita akur pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak kita, tren ini amat membimbangkan dari pespektif cabaran yang akan mereka hadapi menguasai bahasa Melayu. Ramai dalam kalangan guru-guru dan para akademik Melayu malahan dalam kalangan pemimpin masyarakat Melayu di Singapura juga telah meluahkan keprihatinan mereka.

11. Hilang bahasa, lenyaplah bangsa. Bagaimanakah situasi bahasa Melayu di Singapura nanti jikalau peratusan pengguna bahasa Melayu semakin merosot? Kita harus menangani situasi ini supaya orang Melayu tidak kehilangan jati diri mereka. Kita perlu pergiat usaha meningkatkan keupayaan dwi-bahasa anak-anak kita semasa mereka di sekolah lagi.

12. MLLPC akan meneruskan usaha kami untuk menggalakkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sejauh ini, antara usaha-usaha MLLPC termasuklah program-program unggul seperti Perkasa Warisan. Program ini dapat meningkatkan penghargaan terhadap bahasa dan budaya Melayu dengan menggunakan pendekatan interaktif dan menarik. Murid-murid dapat mempelajari tentang gastronomi Melayu seperti herba dan rempah-ratus tradisional. Selain daripada itu, bagi membangkitkan minat dan mendorong murid-murid untuk terus membaca, MLLPC telah menerbitkan siri bacaan Nabil Nabilah untuk peringkat Darjah satu hingga enam. Siri bacaan untuk prasekolah, tadika satu dan dua pula sedang dalam proses penghasilan. Seiringan dengan usaha ini, MLLPC juga menyediakan dana untuk badan-badan pertubuhan bagi menjalankan projek yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu.

13. Dengan tokokan dana tambahan untuk MLLPC bagi tempoh Kewangan 2021 hingga 2025, MLLPC menanamkan iltizam untuk menggiatkan lagi usaha agar penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat kita meningkat pada masa mendatang ini.

Penutup

14. Sebagai penutup, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan Fiesta Bahasa ini, terutamanya kepada guru-guru bahasa Melayu dan para jemputan panel yang terlibat secara langsung tahun demi tahun dalam acara ini. Kesungguhan anda mencerminkan kepercayaan anda yang mendalam akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam diri anak-anak didik kita.

15. Izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun:

Yang kurik kundi,
 Yang merah saga;
Yang baik budi,
 Yang indah bahasa.

Batang halban dibawa ke huma,
 Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
 Mari ungkapkan sepanjang zaman.

Sekian, terima kasih.




My colleagues in parliament
Mr Masagos Zulkifli
Minister for Social and Family Development, Second Minister for Health
and Minister-in-charge of Muslim Affairs

Associate Professor Dr Muhammad Faishal Ibrahim
Minister of State,
Ministry of Home Affairs
And Ministry of National Development

Singapore Non-Resident Representative to the Palestinian National Authority and High Commissioner to Ghana

Encik Sin Kim Ho,
Divisional Director,
Curriculum Planning and Development Division 1

Mdm Heng Boey Hong
Director, Mother Tongue Languages
Curriculum Planning and Development Division 1

Members of Malay Language Learning and Promotion Committee

Teachers, parents, students, representatives of organisations and ladies and gentlemen

Good afternoon and hope you are well.

Introduction

1.I am happy to be with all of you today. Thank you for taking time to attend the e-Fiesta Bahasa 2021, an event organised biennally alternating with Projek Kesantunan. Both projects are MLLPC signature programmes.

2.I would like to extend greatest appreciation to Mr Masagos Zulkifli, Associate Professor Dr Muhammad Faishal Ibrahim and Mr Hawazi Daipi who are with us online today. They were former MLLPC chairpersons from 2006 to 2020.

3.I am sure that all of you gained knowledge and benefitted from the games and sharing sessions in the Fiesta Bahasa website. Activities such as Digital Game Booths, Virtual Adventure and 3-D Games, display the creativity in caryying out teaching and learning of the Malay language within and beyond classrooms. Such efforts would certainly add joy in learning the Malay language.

Background

4.Ladies and gentlemen. Fiesta Bahasa was first organised in 2015 as MLLPC's small project to support students, teachers and parents. It was a joint effort with a few schools to provide sharing booths and resources for our teachers.

5.The encouraging response prompted Fiesta Bahasa to further expand its scope. In the following years, many school have also participated and organised workshops on teaching of the Malay language.

E-Fiesta Bahasa

6. This is the 5th year for Fiesta Bahasa. A difference at the Fiesta Bahasa this time is that the two core activites - Language and Cultural Interactive Game and Sharing Sessions by invited panelists, are held online.

7.While we are adapting to the new norms during the pandemic, MLLPC has prepared FiestaBahasa.sg website. Working in collaboration with several schools, we have provided Digital Games Booths, Virtual Adventure and reference materials. I am sure many of you have had the opportunity to browse the Fiesta Bahasa 2021 website, benefited and enjoyed the activities. I was thrilled to learn that the website has attracted 4000 viewership since it was opened 3 weeks ago. I hope teachers, students and parents will continue to benefit from MLLPC's efforts.

MLLPC 15th Anniversary

8.Ladies and Gentlemen. MLLPC celebrates its 15th anniversary in 2020. However, due to COVID-19, the celebration was postponed. In conjunction with the e-Fiesta Bahasa 2021, I am delighted to be with you today to celebrate MLLPC 15th anniversary.

9.I would also like to express my deepest appreciation to all members of our community who have contributed as members of MLLPC. They are the important catalyst in MLLPC's journey and development, supporting the efforts for the use of the language and Malay cultural heritage.

MLLPC 's Role in Malay Language Use in Singapore

10.Recently, we were informed that more Malays in Singapore do not make the Malay language as the main language of communication at home, as compared to a decade ago. Now, 63 percent of the Malay population aged 5 to 14 years speak English at home, compared to 25.8% percent in 2010. Although we acknowledge the importance of proficiency in English among our children, this trend is worrying from the perspective of challenges that they will face in mastering the Malay language. Many of the Malay teachers and academics, as well as the Malay community leaders in Singapore have also expressed their concerns.

11. When you lose a language, you lose a community. How would the situation of Malay language in later years if the percentage of Malay language users keeps deteriorating? We need to address this issues so that the Malays will not lose their identity. We need to intensify efforts to improve our children's bilingual abilities while they are still in school.

12. MLLPC will continue its efforts to encourage the use and learning of the Malay Language. Among the efforts include the signature programmes such as Perkasa Warisan. This programme enhances appreciation of the language and Malay culture using interactive and engaging approach. Students can learn about the Malay gastronomy such as herbs and traditional spices. In addition, to arouse interest and encourage students to continue reading, MLLPC has published the Nabil Nabilah reading series for Primary 1 to 6. The reading series for pre-schools, kindergarten 1 and 2 are still in the production stage. In tandem with this effort, MLLPC also provide funds for organisations carrying out projects related to the language and culture.

13.With the increase in MLLPC funding for 2021 to 2025 financial period, MLLPC is committed to intensify their efforts to increase Malay language users in the near future.

Conclusion

14. In conclusion, I would like to express my deepest appreciation to all who have made the Fiesta Bahasa a success, especially to Malay language teachers and invited panelist who were directly involved year after year in this event. Your enthusiasm reflects your deep belief of the importance of the use of Malay language in our students.

15.Allow me to end my speech with 2 pantun verses.

Yang kurik kundi,
 Yang merah saga;
Yang baik budi,
 Yang indah bahasa.

Batang halban dibawa ke huma,
 Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
 Mari ungkapkan sepanjang zaman.

Thank you.