A Singapore Government Agency Website How to identify
Official website links end with .gov.sg

Government agencies communicate via .gov.sg website
(e.g. go.gov.sg/open). Trusted websites

Secure websites use HTTPS

Look for a lock () or https:// as an added precaution.
Share sensitive information only on official, secure websites.

Pencalonan Dibuka Untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2018

Published Date: 26 February 2018 12:00 AM

News Press Releases

1.Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang awam diundang untuk mencalonkan guru-guru yang cemerlang untuk Anugerah Guru Arif Budiman. Anugerah tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti yang berbakti secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

2. Calon-calon harus mencerminkan nilai-nilai Arif Budiman – insan yang berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat – melalui khidmat cemerlang dan merupakan suri teladan sebagai seorang pendidik. Calon-calon akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar mereka. Dedikasi dan komitmen calon dalam mencapai kecemerlangan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah juga akan dipertimbangkan. Selain bakti profesional mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran, sikap keprihatinan mereka terhadap keperluan dan kebajikan pelajar juga akan dinilai.

3. Anugerah ini bakal masuk tahun kedua belas. Dianjurkan sejak tahun 2007, ia telah memberikan penghargaan kepada seramai 50 orang guru Bahasa Melayu daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti. Sejumlah empat anugerah akan diberikan dalam kategori yang berikut:

  1. Sekolah Rendah dan;
  2. Sekolah Menengah & Prauniversiti.

4. Pencalonan dibuka dari 26 Februari 2018 hingga 26 April 2018. Borang pencalonan rasmi yang akan disebarkan melalui semua sekolah arus utama Singapura akan dimuat turun dari lelaman-lelaman berikut:

5. Pencalonan juga boleh dilakukan melalui platform dalam talian di http://www.tinyurl.com/AGAB-2018. Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke alamat MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg. Penerima AGAB akan diumumkan pada bulan November tahun ini.

6. AGAB 2018 dianjurkan bersama oleh Majlis Bahasa Melayu, Singapura, Persatuan Guru Bahasa Melayu, Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu.