Speeches
Speech by Mr Masagos Zulkifli BMM, Senior Parliamentary Secretary, Ministry of Education and Ministry of Home Affairs, at the Launch of "Homestay Across Communities" Programme on Saturday 12th April 2008 at 10am at Harmony Centre @An-Nahdhah Mosque, 9A Bishan Street 14, Singapore 579786
Mr Muhammad Haniff Abdul Razak
Head of Harmony Centre
Mr Mohamed Noh Daipi
Assistant Director, Languages and Literature
Ministry of Education
Mrs Susan Cheng
Supervisor
Ministry of Education Language Centre
Distinguished guests
Teachers, students, ladies and gentlemen
A very good morning to you.
I am happy to be at the Harmony Centre this morning for the launch of the second Homestay Across Community Programme. This programme is made possible by the joint collaboration between the Harmony Centre of the Islamic Religious Council of Singapore (Muis) and the Ministry of Education (MOE) Language Centre at Bishan. I congratulate the 24 students and 10 families who are involved in this second programme. I was told there is an increase in the number of participants this year as compared to last year. This is a sign of the programme’s success and I am heartened that it is well accepted both by students and parents of different communities.
The Homestay programme has three main objectives. Firstly, it is designed to provide the participants a first-hand experience on the culture and daily lifestyle of their Malay/Muslim host families. Secondly, it provides a platform for participants to interact and form new friendships with their host families. And thirdly, it helps to increase and broaden the participants’ awareness and understanding of other faiths, thus cultivating sense of mutual respect, and enhancing participants’ ability to interact sensitively and responsibly in a multi-racial and multi-religious setting of Singapore.
I also understand that the programme has given a positive experience to both the participants as well as the host families. This could be seen by the article in Berita Harian, written in Malay by a participant, Toh Jia Yu, who was a student studying Malay at the Bishan MOE Language Centre.
Ladies and Gentlemen, allow me now to address the second part of my speech in Malay. Para hadirin sekalian.
Apabila Toh Jia Yu, seorang pelajar Bahasa Melayu di Pusat Bahasa, Kementerian Pendidikan di Bishan mengikuti progam Homestay ini tahun lalu, beliau amat tertarik dengan pengalaman dan peluang yang dapat diraih melalui hubungan erat yang dapat dijalin dengan keluarga angkat Melayu/Islam beliau menerusi program ini. Sebelum ini, beliau kagum melihat masyarakat Melayu berpakaian berwarni-warni, berkunjung ke rumah sanak-saudara sewaktu perayaan Hari Raya. Namun, melalui program Homestay ini, Jia Yu berpeluang mempelajari budaya masyarakat Melayu/Islam itu sendiri dengan lebih dekat lagi.
Program Homestay ini adalah hasil kerjasama antara Pusat Harmoni, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan Pusat Bahasa, Kementerian Pendidikan di Bishan. Antara manfaat yang diperolehi melalui program ini ialah, para peserta berpeluang mengalami sendiri cara kehidupan masyarakat Melayu/Islam Singapura dengan lebih dekat lagi, mengeratkan tali persahabatan antara kaum serta meluaskan kesedaran tentang kepercayaan dan kebudayaan masing-masing dalam konteks masyarakat Singapura yang berbilang bangsa, budaya dan agama.
Pusat Harmoni memainkan peranan penting dalam misi ini. Sesuai dengan misi asalnya untuk menggalakkan dialog antara kaum, dan menerangkan tentang Islam dengan erti kata yang sebenar, program ini membentuk satu wadah untuk mencapai misi tersebut..
Di samping itu, program Homestay ini memberikan satu lagi peluang untuk para pelajar bukan Melayu yang mempelajari Bahasa Melayu (Program Khas) di Pusat Bahasa, Kementerian Pendidikan di Bishan, untuk berlatih bertutur dalam bahasa Melayu dalam situasi yang autentik. Mereka dapat menggunakan bahasa Melayu dalam suasana yang santai dengan keluarga angkat mereka. Mereka juga sudah tentu berpeluang untuk memahami dengan lebih luas tentang budaya Melayu dan cara hidup keluarga angkat mereka. Program ini pastinya berfungsi sebagai suatu pendekatan pengajaran yang menyeluruh melepasi bilik darjah dan memberikan pengalaman yang menarik untuk para pelajar yang mengikutinya..
Program Homestay ini tentunya tidak akan berjaya tanpa sokongan para peserta dan keluarga yang telah tampil ke hadapan untuk menyertainya. Kesanggupan keluarga hos menerima peserta untuk tinggal bersama mereka, dan kesanggupan keluarga pelajar untuk melepaskan anak-anak mereka untuk tinggal bersama keluarga yang berlainan bangsa, adalah cerminan sikap luhur dan mempercayai antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang bangsa. Syabas saya ucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam program ini!
Seperti Jia Yu, saya pasti, para pelajar yang mengikuti program pada tahun ini juga akan turut merasakan bahawa kemampuan mereka untuk memahami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu akan meningkat. Mereka juga akan lebih menghormati perbezaan budaya dan agama yang terdapat di negara berbilang bangsa di negara kita melalui pengalaman yang ditimba menerusi program Homestay ini. Saya diberitahu hubungan dan kemesraan antara keluarga yang terlibat dalam program ini kian erat apabila ada di antara pelajar yang menerima baju kurung yang diberikan khas oleh keluarga angkat sebagai cenderahati. Kalau dahulu mereka melihat orang-orang Melayu memakai baju kurung, kini para pelajar yang mengambil bahagian berpeluang memakainya. Ini adalah satu manfaat dari segi pemahaman dan pengalaman yang dapat diraih melalui program ini. Semoga para pelajar dan keluarga angkat yang terlibat dalam program ini akan terus meraih manfaat.
Ladies and gentlemen
In conclusion, I wish to commend the Harmony Centre, MUIS and MOE Language Centre and all participants of this programme for making the efforts to strengthen the ties among the different communities in Singapore. I wish all students and the host families involved in the Homestay Across Community Programme a success. May you strengthen your bonds and have a good time knowing each other.
Thank you.

