![]() |
|
|
UCAPAN LAKSAMANA TEO CHEE HEAN, MENTERI |
|
Encik Mohd Alami Musa, Pengerusi AMP, Para Pemimpin Masyarakat, Pengetua, Ibu bapa dan murid-murid sekalian
|
| 1. Saya berasa amat besar hati dapat berada di sini di Majlis Penyampaian Anugerah Tahunan AMP.
2. Pada hari ini, 43 orang pelajar sekolah rendah dan 13 pelajar sekolah menengah akan menerima anugerah sebagai pengiktirafan bagi kelakonan mereka yang baik dalam bidang akademik dan juga bukan akademik. Anugerah akademik termasuklah Anugerah Kemajuan Terbaik, Anugerah Pencapaian Terbaik, dan anugerah-anugerah yang diberikan kepada para pelajar terbaik di peringkat PSLE dan GCE 'O'. Anugerah bukan-akademik pula diberikan kepada para pelajar yang telah menunjukkan dedikasi mereka terhadap pelajaran mereka dan telah menunjukkan kemajuan dalam pembangunan peribadi mereka. Anugerah-anugerah ini memperkuatkan lagi kepercayaan kita bahawa pendidikan bukanlah untuk memperkembangkan intelek seseorang kanak-kanak semata-mata. Pendidikan juga adalah untuk memperkembangkan kanak-kanak dari segi moral, fizikal, sosial dan estetik. 3. Masyarakat kita merupakan masyarakat yang meletakkan nilai yang tinggi pada pendidikan. Kementerian Pendidikan menggalakkan para ibu bapa dan masyarakat supaya berganding bahu dengan pihak sekolah untuk menyediakan pendidikan sebaik mungkin bagi anak-anak kita. Anugerah-anugerah ini mengesahkan bahawa AMP berpegang pada kepercayaan bahawa "Setiap Rakyat Singapura Adalah Penting". 4. Usaha-usaha AMP dalam meningkatkan kesediaan para pelajar Melayu/Islam menghadapi ekonomi yang berteraskan ilmu patut dipuji. Saya faham bahawa program-program pendidikan dan pengayaan yang dijalankan oleh AMP bagi para pelajar termasuklah program-program pembelajaran yang berteraskan aktiviti bagi para pelajar yang lemah; Program Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains atau EMAS; dan Program Penutur, Penulis dan Pemikir atau SWAT. 5. Berkat usaha-usaha sedemikian, pencapaian pelajaran masyarakat ini dalam masa sepuluh tahun yang lalu telah bertambah. Bilangan pelajar Melayu/Islam yang layak ke sekolah menengah dan pendidikan pos-menengah sedang meningkat. Pada tahun 1989, 42% pencalonan Melayu/Islam telah lulus dengan sekurang-kurangnya 5 kredit bagi peperiksaan GCE peringkat 'O'. Peratusan ini meningkat kepada 49% pada tahun 1999. Bilangan calon-calon PSLE Melayu/Islam yang layak ke sekolah menengah juga meningkat, daripada 74% pada tahun 1989 kepada 91% pada tahun 1999. 6. Kemajuan pelajaran yang dicapai oleh masyarakat Melayu/Islam amatlah menggalakkan, tetapi kita hendaklah terus berusaha bersungguh-sungguh. Peratusan pelajar-pelajar Malay/Muslim yang lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada tahun 1999 adalah lebih kurang 60%. Walaupun terdapat kemajuan dalam kadar kelulusan dalam masa sedekad yang lalu, kita mestilah berusaha untuk menambahkan lagi bilangan pelajar-pelajar Melayu/Islam yang cemerlang dalam Matematik dan Sains di peringkat sekolah menengah. 7. Kejayaan dalam ekonomi berteraskan ilmu, pada sebahagian besarnya, bergantung kepada pemahaman seseorang itu dalam bidang sains dan technologi. Dia perlu mempunyai asas yang kukuh dalam sains dan matematik. Seseorang yang kurang cekap dalam bidang sains dan matematik akan kurang pula kemampuannya untuk bersaing merebut peluang pekerjaan dalam ekonomi berteraskan ilmu pada masa hadapan. Oleh yang demikian, semua pelajar kita perlulah menghargai akan peri pentingnya mata pelajaran sains dan matematik, dan berasa selesa apabila menggunakan konsep-konsep sains dan matematik. 8. Usaha untuk mempersiapkan anak-anak kita bagi menghadapi dunia masa depan memerlukan lebih dari apa yang dijalankan oleh guru-guru kita di sekolah. Untuk memastikan kejayaan, satu perkongsian dan kerjasama yang rapat yang melibatkan sekolah, ibu bapa dan masyarakat adalah perlu. Suasana keluarga memainkan peranan penting untuk mengatasi kebimbangan dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar Melayu/Islam. Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh guru atau sekolah ada batasnya. Sistem pendidikan negara melengkapi nilai-nilai yang diajar dalam keluarga. Oleh itu, pihak keluarga mestilah menjalankan tanggungjawabnya sebagai blok bangunan masyarakat yang kritikal. 9. Saya gembira melihat bahawa AMP telah mengambil langkah untuk menjalin perkongsian dengan mengadakan Program Rakan Kongsi dalam Pembelajaran. Program ini bertujuan untuk membolehkan para ibu bapa memperoleh kemahiran untuk menyokong pembangunan akademik dan peribadi anak-anak mereka. Melalui program ini, para ibu bapa akan lebih sedar tentang perlunya mengawasi dan menyokong pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan lebih bersedia untuk membimbing dan menasihati anak-anak mereka tentang pemilihan laluan akademik mereka. 10. Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada 56 orang penerima anugerah hari ini. Kamu telah membanggakan keluarga dan masyarakat kamu. Saya pasti majlis pada hari ini akan tersemat dalam kenangan kamu serta ibu bapa kamu kerana segala usaha gigih kamu telah membuahkan hasil yang diharapkan. Pencapaian kamu akan menjadi sumber inspirasi para pelajar Melayu/Islam yang lain, dan dengan bermuafakat kamu akan dapat membantu masyarakat kamu mencapai kecemerlangan. Terima kasih. |
|
Page Last Updated : 02-Jan-2008 This site is best viewed with IE ver 5.x and Netscape ver 7.x Copyright 2004 Ministry of Education. All rights reserved. Privacy Statement | Terms of Use |