![]() |
|
Ucapan Laksamana Pertama Teo Chee Hean, Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Pertahanan Dan AP Bagi GRC Pasir Ris Di Majlis Meraikan Jemaah Haji GRC Pasir Ris Pada Selasa 8 February 2000 Jam 8.15 malam Di Bilik Begonia, Pasir Ris NTUC Resort
Encik Ahmad Mohd Magad, Encik Charles Chong,
Encik Ong Kian Min, Anggota-Anggota Parlimen bagi GRC Pasir Ris, Encik Jamil Rimon, Pengerusi Majlis, Pengerusi-Pengurusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat GRC Pasir Ris, para pemimpin akar umbi dan bakal-bakal haji GRC Pasir Ris yang saya hormati sekalian.
2 Saya sangat sukacita melihat ramai rakyat Melayu Islam Singapura telah dapat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, ekonomi dan kebudayaan. Pencapaian ini serta kemajuan yang berterusan sejak tahun-tahun yang sudah adalah sesuatu yang harus kita banggakan. Tetapi kita tidak harus berpuas hati.
3 Kita mestilah terus meningkatkan kemahiran kita dan mempelajari kemahiran yang baru. Ini adalah penting bagi menghadapi perubahan yang berlaku dengan globalisasi dan revolusi maklumat. Dalam hal ini, saya juga sangat senang melihat usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan akar umbi kita untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap Ekonomi Berteraskan Ilmu atau KBE. Usaha-Usaha ini akan membolehkan masyarakat Melayu lebih bersedia menghadapi KBE. Usaha-Usaha ini juga adalah penting untok menjamin kehidupan yang makmur bagi diri kita dan diri anak-anak kita di masa hadapan.
4 Menimba ilmu dan membina kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak kita, boleh dan mesti berjalan selari dengan usaha untuk mengekalkan nilai-nilai dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di Singapura. Dalam hal ini, saya merasa gembira melihat ramai rakyat Islam Singapura melakukan ibadah haji setiap tahun.Ketinggian pencapaian ekonomi masyarakat Islam Singapura telah membolehkan ramai melakukan tanggung jawab agama ini. Keadaan ini tidaklah sama bagi masyarakat Islam yang tidak seberapa dalam pencapaian ekonomi mereka dan yang tinggal di negara lain. Ini adalah satu contoh lagi bagaimana kemajuan ekonomi dan melakukan tanggung jawab agama boleh dijalankan bersama.
5 Saya difahamkan pada tahun ini, sejumlah 4,500 jemaah dari Singapura akan menunaikan ibadah haji. Jumlah ini adalah lebih 500 daripada jumlah tahun sudah. Walaupun kenaikan bilangan ini disebabkan usaha atau rayuan yang dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura atau MUIS kepada kerajaan Arab Saudi, saya rasa kelakonan jemaah jemaah haji kita yang lalu, juga telah memainkan peranan mereka masing-masing. Kelakonan baik oleh jemaah Singapura yang lalu telah menjadi contoh yang boleh diteladani. Saya merasa yakin jemaah haji kita pada tahun ini akan terus dapat mengekalkan nama baik Singapura apabila berada di Arab Saudi nanti.
6 Akhir kata, saya ingin mengucapkan kepada jemaah jemaah haji kita selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali ke tanah air. Terima Kasih.
|
Page Last Updated : 02-Jan-2008 This site is best viewed with IE ver 5.x and Netscape ver 7.x Copyright 2004 Ministry of Education. All rights reserved. Privacy Statement | Terms of Use |